:)

Thursday, May 8, 2014

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI

yg ni pun sy dh pernah share kt fb kedai sy..so apa salahnya share kat blog jugak kan?

TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI
okay yg ni pulak sy dpt time tgk rancangan Tanyalah Ustazah TV9 Di Hatiku by Dr Harlina. Okay jom kita tgk and moga bermanfaat untuk mak and ayah yg ada anak lelaki.. mcm sy hehe.. 2 hero weih...maybe akan ada tips2 nya dlm bentuk point form je ye..harap boleh faham... 
Dr ckp anak lelaki lahir kita akan azan kan.. sebab apa kita azan? azan tu kan lebih kuat dr iqamah.. natijahnya dlm mendidik anak lelaki ni.. parents kena lebih sikit la.. ckp lebih kuat.. kalau rotan..rotan lebih sikit berbanding anak perempuan.. :
and fitrahnya juga anak lelaki ni akan bercakap lambat sikit.
--anak lelaki kena lebih sikit (didikannya) dlm akhlak & akidah
--didik anak lelaki utk jadi pemimpin untuk keluarga dan untuk masyarakat.
--sebabkan kita nak didik dia jadi pemimpin..maka tugas kita sebagai ibu ayah ni kena lah push diorang untuk jadi lebih hebat. nak jadi pemimpin kan..
--anak lelaki ni mmg lebih lasak dr anak perempuan..sebab Allah nak ajar kita jadi lebih sabar
--anak lelaki mesti pandai baca Al-Quran (selalunya lambat sikit pandai baca kalau compare dgn budak perempuan)
Dari umur (0-7 tahun)
1. Biar anak lelaki main secara bergasak dan kasar sikit..lelaki kan..
2. Ayah boleh la main dengan dia dgn cara bergumpal ke bergomol ke.. mana yg sesuai lah ye..
Dari umur (7-14 tahun)
1. Biar dia suarakan pendapat dia
2. Selalunya dia nk buat keputusan sendiri. Biar dia decide and buat apa yg dia nak. (dgn pantauan kita lah kan) Dengan cara ini boleh didik sifat kepimpinan dia. Cara dia buat keputusan semua tu.
3. Ajar solat
4. 10 tahun kalau tak solat, rotan.
5. Asing tempat tidur
Dari umur (15-21 tahun)
1. Jadilah kawan dengan anak-anak
2. Belajar dan tahu emosi melalui ibu..manakala hal-hal berkaitan fizikal pula dengan ayah
3. Anak lelaki kena sayang ibu dia
4. Didik anak lelaki untuk beritahu emosi dia
5. Terus tegur if dia buat salah
6. Didik dia supaya dia membesar jadi seorang yg tahu menghormati isteri
PERANAN BAPA DALAM DIDIK ANAK LELAKI
1. Bapa kena ingt ye..bapa/ayah ni ialah role model untuk anak lelaki
2. Bagi keyakinan pd anak-anak
3. Anak lelaki selalunye akan tgk mcm mana ayah dia berinteraksi..berkomunikasi..semua dia tgk dan perhati dan akan tiru. (hati-hati ye ayah)
4. Macam mana ayah dia tangani marah, sedih semua dia akan ikut.
5. Anak-anak kena bangga dengan ayah dia (selalu2 lah dokong anak atas bahu)
6. Bergumpal, bergomol, bergurau senda dengan anak
7. Tunjuk contoh & perbuatan yg baik untuk anak-anak
8. Ajar pasal baligh
PERANAN IBU DALAM DIDIK ANAK LELAKI
1. Dengar emosi anak-anak
2. Cerita emosi kita pd dia..kita sedih ke happy ke..apa yg buat kite sedih..apa yg buat kita happy .. biar dia tahu
3. Dia selalunya akan belajar cara kasihi org lain dr ibu
4. Bila dia dh tahu and faham emosi kita, makanya dia akan cari isteri yg sesuai dengan kita (hehe yg ni penting ni pd sy..)
5. Biar dia rapat dengan kita (ibu). Biar dia ada jiwa yg lembut dan sentiasa ingatkan ibunya.
6. Lentur anak dengan kasih sayang
7. Sentiasa ingatkan anak..tapi jgn terlalu kerap sgt. Takut-takut jadi leteren. Tak elok tu
Okay tu jelah antara yg sy boleh kongsikan. Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...