:)

Thursday, October 20, 2011

resepi : rendang ayam cik lia

hari ni sy nak share resepi : rendang ayam cik lia

bahan2nye ialah
1/2 ekor ayam

bahan utk dikisar
5-6 tangkai cili kering (rendam dlm air panas dan toskan)
5-6 ulas bawang merah/kecik -sy suke gune bawang banyak, sebab rase masakan lagi sedap
2-3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 inchi kunyit hidup
1/2 inchi halia
2 batang serai
1 helai daun kunyit (di buang btg tgh tu and di siat2)
3-4 helai daun limau purut (sama gak buang btg tgh and siat2)

santan kelapa ikut keperluan nak banyak mana
kerisik ikut keperluan

bahan perasa
garam
serbuk ajinomoto
gula merah

langkah-langkah

1. basuh ayam bersih - bersih,kalau tak bersih rendang atau apa je masakan akan jadi tak sedap
2. kalau boleh ayam tersebut dipotong kecik2 and tabur kunyit dan digoreng suku masak and keluarkan
3. tumiskan bahan2 yg dikisar sehingga naik bau
4. masukkan air asam jawa
5. masukkan bahan perasa dan kacau
6.masukkan ayam dan kacau hingga sebati
7. masukkan santan dan biar sampai menggelegak
8. masukkan kerisik dan kacau sikit2 sampai masak

tu jelah cara2nye..tak susah pun..
before masak baca bismillah..insya allah sedap..
:)

No comments:

Post a Comment

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...